Semakan Nombor Bidaan JPJebid 2023

Jom semak nombor bidaan terkini JPJebid 2023. Dengan JPJebid, anda boleh bid nombor impian anda seperti SYG 8055 (Sayang Boss) atau RAF 1 (Rafi).

Memiliki nombor pendaftaran yang mempunyai aksara huruf yang sedikit adalah impian sesetengah rakyat Malaysia.

Senarai nombor dan tarikh bidaan di JPJebid yang akan dibuka dan boleh di bida setakat hari Selasa 7 November 2023 @ 10:00 pagi adalah seperti berikut:-

Siri NomborTarikh DibukaTarikh DitutupStatus
RAT04/11/2023 00:00:0008/11/2023 22:00:00BUKA
VLP03/11/2023 00:00:0007/11/2023 22:00:00BUKA
BRS01/11/2023 00:00:0005/11/2023 22:00:00TUTUP
JWQ26/10/2023 00:00:0030/10/2023 22:00:00TUTUP
NEA29/10/2023 00:00:0002/11/2023 22:00:00TUTUP
VLN27/10/2023 00:00:0031/10/2023 22:00:00TUTUP

SEJARAH JPJebid

JPJeBid adalah sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Sistem ini membolehkan pengguna untuk memohon nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian dan memilih nombor pendaftaran yang diingini melalui proses bidaan. Pelaksanaan JPJeBid dijalankan secara perluasan skop sistem mySIKAP iaitu di bawah menu Pengurusan Nombor Pendaftaran. Proses-proses di dalam JPJeBid meliputi proses pengiklanan, pendaftaran, bidaan, bayaran dan juga ketetapan aplikasi dan akaun.

PROSES YG DITAWARKAN UNTUK BID NOMBOR DI JPJebid

Semua proses ini perlu dilakukan secara kendiri oleh pembida terlibat dan akan dikawal selia oleh pihak JPJ. Proses-proses di dalam JPJeBid ini menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat, mesra pengguna dengan menawarkan elemen-elemen yang berteraskan User Experience (UX) yang ringkas, meningkatkan kecekapan proses bidaan secara manual kepada secara dalam talian, persekitaran keselamatan sistem yang terjamin dan kebolehan mengakses sistem JPJeBid secara Online Real Time dimana-mana sahaja tanpa mengira masa.

Leave a Comment